Susu Ibu

Susu IBu

Tuesday, November 19, 2013

Betul ke vitamin boleh tambah susu ibu?

Saya percaya, ramai ibu2 terutama yang baru bergelar ibu masih keliru dan berpendapat bahawa untuk mendapat susu badan yang banyak mereka kena consume vitamin / supplement tertentu. Then, baru susu badan mereka mencurah2 bak air paip. Oh tidak sesekali. Sebenarnya, tidak ada vitamin atau supplement khusus yang mampu menghasilkan susu yang banyak !!

Konsep asas penyusuan susu ibu yang anda harus faham ialah SUPPLY  VS DEMAND. Iaitu semakin tinggi permintaan semakin banyak pengeluaran!

                                                           credit to Google

Lagi kerap anda direct feeding bayi anda atau pump ( jika bekerja/berjauhan dengan bayi untuk tempoh masa yang lama) dan maka lagi banyak susu yang dapat di hasilkan. Bagi ibu2 bekerja, pastikan ada pump susu anda sekurang2nya 3-4 jam sekali. Lagi kerap lagi bagus.

Macam saya, di office saya pump 2 jam sekali. Saya buat jadual pam susu dan tampal di workstation saya. Saya start dari pukul  8 am, 10 am, 12 pm, 2 pm & 4 pm. Alhamdulillah, dari anak ke-2 hingga anak ke-3, saya tak pernah skip. Saya buat dengan disiplin unttk pastikan susu saya tak drop. Lepas pam, saya akan catat ammount susu yang saya dapat untuk setiap sesi mengepam dalam satu buku khas. Habis sesi terakhir ( 4pm) saya akan jumlahkan susu yang saya dapat. Dari sini saya dapat monitor naik turun milk supply saya. Jika kurang daripada biasa, saya akan audit semula apa yang berlaku hari tu. Adakah saya period ( perubahan hormon boleh mempengaruhi penghasilan susu ibu), stress ,  sedih  dll.

Pengambilan Supplement/ Vitamin 

Ya,  ibu menyusu memerlukan supplement yang bersesuaian untuk membantu si ibu lebih bertenaga, kekal cergas dan menstabilkan emosi. Saya percaya, tidak semua ibu menyusu yang dapat khasiat2 yang di perlukan dalam pemakanan seharian. Kat bawah ni saya senaraikan antara supplement yang sesuai untuk ibu2 menyusu.















1. ESP ( Soy Protein Isolate Powder) - Sumber protein biologi yang lengkap berasakan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolesterol dan kaya dengan asid amino penting. Ia dapat mengekalkan tenaga berjam2 lamaanya. Mebantu mengekalkan otot, memperbaiki tisu dan fungsi enzim dan hormom yang teratur. ESP juga baik untuk kesihatan jantung dan mengekalkan paras gula dalam darah.




















2. Alfafa - Lebih dikenali sebagai milk booster kerana ia membantu menggalakkan susu ibu. Juga berfungsi sebagai keitiman wanita dan meningkatkan statmina suami. Baik untuk memulihkan saraf selepas bersalin dan membantu merawat keputihan. Anti sembelit sekaligus melembutkan najis.




















3. Ostemetrix - Untuk membantu pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat dan mengurangkan risiko osteoporesis . Ibu mengandung dan menyusu sangat perlukan kalsium. Ramai ibu yang menghadapi masalah gigi semasa mengandung dan menyusu di sebabkan kekurangan kalsium dalam badan!























4. Vitamin C - Selain untuk mencantikkan kulit kita juga memerlukan Vitamin C untuk sistem antibodi tubuh. 1 tablet Vitamin C Shaklee (500mg) bersamaan dengan 7 biji buah oren.




















5. Vitamin B- complex- mengandungi ke semua 8 jenis vitamin B yang di perlukan oleh tubuh.  Ia juga membantu meningkatkan penyerapan asid folic.





















6. Vita - Lea - di formulasikan dengan 28 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. Dapat meningkatkan kesihatan secara menyeluruh dan memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas.

Monday, November 18, 2013

Kali Pertama

Wah...baca tajuk je mata yang layu boleh segar balik..hehe..

Sebenarnya, saya nak cerita kali pertama saya kenal Shaklee. Masa tu saya tengah  mengandungkan anak ke-2 tahun 2009/2010. Bila kandungan masuk 7 bulan ke atas, saya  sibuk mencari set berpantang yang paling terbaik. Saya pun start google.  Masuk dari satu blog ke blog, masuk forum, website, kedai online. Saya reviewed semua testimoni pengguna2 pelbagai jenis jamu yang terdapat dalam pasaran. Masa tu tak ramai yang gunakan FB sebagai medium perniagaan.  Rata2nya guna blog. 

Oh ya, masa mengandung anak ke-2 saya berazam untuk menyusukan anak saya selama 2 tahun. Anak pertama saya dapat susukan selama 4-5 bulan sahaja. Semuanya di sebabkan saya tiada ilmu tentang penyusuan. Semua blog2 ibu menyusu saya lawat untuk kutip semua ilmu, tips dan pengalaman mereka.

Dari sini lah, saya terjumpa satu blog yang menjual set berpantang Shaklee. Saya mula buat perbandingan antara Vitamin vs Jamu. Akhirnya saya decide  untuk mencuba vitamin Shaklee sebagai set berpantang saya. Saya beli trial pack. Cukup2 untuk kegunaan sehingga habis pantang. 

Saya pilih set berpantang Shaklee sebab di dalamnya terdapat ALFAFA. Antara fungsinya sebagai penggalak susu. Di sebabkan semasa awal kehamilan saya dah berazam untuk susukan anak saya hingga 2 tahun, maka makin kuat hati saya memilih Shaklee.

Di pendekkan cerita, selesai tempoh berpantang selama 44 hari,  stok susu yang saya kumpul mencecah 100 botol!!! Syukur ya Allah. Dan akhirnya saya berjaya susukan anak ke-2 saya hingga 2 tahun lebih.

Tetapi...saya tidak bergantung sepenuhnya kepada vitamin Shaklee semata-mata. Saya bekerja keras dengan mengepam susu  seawal jam 5 pagi sebaik bangun tidur, 5 kali sepanjang berada di office dan sekali sebelum tidur. Inilah rahsia saya hingga dapat susukan anak ke-2 saya hingga 2 tahun lebih. Sejujurnya, Shaklee banyak membantu saya mencapai cita-cita dan azam saya

                                                              Aryan Al-Hakim

Kemudian entah mengapa, tiba2 saya stop Shaklee untuk tempoh masa yang agak lama. Ya..2 tahun memang lama. Alangkah ruginya saya. Sampai sekarang saya tertanya2 " Kenapa lah dari dulu aku tak join Shaklee? Kenapa? Kenapa?" Sehingga saya bertemu dengan anak saudara saya ( Syakila) yang berjaya membuka hati saya untuk daftar sebagai ahli Shaklee. Saya akan cerita pada entry seterusnya..

Pengenalan

Bismillah,

Lama jari-jemariku terpaku di keyboard mencari2 ayat yang sesuai untuk di taip. Sudah lama tidak mengarang membuatkan skill saya semakin hari semakin sirna. Silap saya juga yang tidak berusaha untuk mengasahnya.Insya Allah, bermula hari ini saya akan berusaha untuk menajamkannya kembali.

Sebelum ini saya pernah ber-blog. Adalah dalam 2-3 tahun lepas. Tapi, disebabkan kesibukan, lama2 blog lama saya mula bersawang dan terus bersawang. Hehehe. Tapi, hari ini saya berblog semula dengan niat kerana Allah. Ingin berkongsi ilmu dan pengalaman hidup sepanjang 30 tahun saya bernafas di bumi Allah ini.

Rasullullah S.A.W pernah bersabda : Apabila tela mati anak Adam itu, maka terhentilah segala amalannya melainkan 3 perkara :

1. Sedekah (Amal Jariah)
2. Ilmu yang bermanfaat
3. Anak soleh yang sentiasa mendoakan kedua ibu bapanya


Harapan saya, dengan adanya blog ini, dapatlah saya berkongsi ilmu/perkara yang baik dengan semua pembaca blog ni agar kita sama2 dapat menfaat daripadanya. Amin.